CWM merupakan perisian yang boleh membuka kunci potensi peranti android anda. Dengan menggunakan CWM, anda boleh memasang
CustomROM, membuat backup
ROM, memasang theme, kernel dan applikasi.
Sebelum memasang (install) CWM ni, anda perlu
ROOT dulu Galaxy Note (rujuk BAB 1).
Berikut adalah langkah demi langkah memasang (install) CWM.
1) Pastikan
USB Debugging (
Setting->Applications->Development) bertanda
tick di dalam Galaxy Note.
2) Kemudian, sila akses menu
Setting->About Phone dan lihat tiga (3) karakter terakhir di bahagian
Build Number. Contohnya saya punya adalah “
KKA”. Sambungkan Galaxy Note pada PC anda.
3) Lepasi tu muat turun
GalaxyNoteRecovery.zip (
klik sini) ke dalam PC anda.
4) Unzip
GalaxyNoteRecovery.zip ke partition
C:\GalaxyNoteRecovery\ di PC anda.
5) Buka
Command Prompt di PC anda (
Menu All Programs->Accessories->Command Prompt).
6) Sila taip
cd \GalaxyNoteRecovery .
7) Kemudian taip:
adb devices
Tekan
Enter.
8) Kalau ada keluar penyataan “
list of devices attached” dengan nombor siri di bawahnya bermakna sambungan Galaxy Note anda tiada masalah.
9) Kemudian kod seterusnya anda perlu gantikan KKA dengan 3 karakter
Build Number anda sendiri. Anda perlu taip:
adb push KKA\zImage /data/local/zImage
dan tekan
Enter.
10) Selepas tu taip:
adb shell
Tekan
Enter.
11) Kemudian taip:
su
Tekan
Enter.
12) Teruskan dengan taip:
dd if=/data/local/zImage of=/dev/block/mmcblk0p5 bs=4096
dan tekan
Enter.
13) Seterusnya taip:
rm /data/local/zImage
juga tekan
Enter.
14) Dan akhir sekali taip:
reboot
Dan tekan
Enter.
15) Galaxy Note anda akan
reboot dan kemudian anda dapat perhatikan dalam senarai aplikasi terdapat aplikasi CWM.
16) Untuk menguji CWM ini berfungsi atau tidak, silap tekan butang
VolumeUp+Home+Power secara serentak selama beberapa saat, Galaxy Note akan
reboot dan anda akan lihat paparan menu
bertulisan biru. Pada mode ini touchscreen tidak lagi berfungsi. Sila pilih menu Reboot System dengan menekan butang power.
Seterusnya bab membuat backup original ROM.