Wednesday 18 January 2012

Ringkasan Root Galaxy Note


 
Hasil ulangkaji selama seminggu tentang ROOT dan CustomROM ni, saya dapat buat kesimpulan langkah-langkah tersebut iaitu;


1) Mula-mula kita ROOT dulu Galaxy Note (ada pelbagai kaedah tetapi antara yang mudah dan selamat ialah guna zergrush batch file). Untuk step ni kita perlu connect Note pada PC/Laptop guna kabel USB.

2) Lepas tu kita perlu install ClockworkMod (CWM) Recovery.

3) Kemudian (kalau perlu) kita backup StockROM (yang original) guna ClockworkMod (CWM) Recovery.

4) Sebelum nak install CustomROM baru, kena ingat bahawa semua app yang kita pernah install termasuk game akan hilang. Jadi untuk backup semua app atau game ni kita boleh gunakan applikasi Titanium Backup. Tetapi jalan terbaik untuk kestabilan app atau game sebaiknya kita reinstall semua app atau game tu semula selepas install CUSTOMROM.

5) Kalau nak proceed install CustomROM yang baru, sebaik-baiknya FullWipe dulu guna CWM.

6) Bila dah FullWipe, boleh mula install CustomROM yang kita mahu melalui CWM tu jugak. (biasanya fail dalam format zip yang dipindah ke dalam SD Card)

7) Bila kita dah menguasai kesemua kaedah di atas, dengan mudahnya kita siap boleh pilih-pilih nak tukar CustomROM mana yang kita suka. Perlu diingat setiap kali proses tukar CUSTOMROM ni, semua app dan game kena install semula.

8) SIAP dan Layan...

Sehingga panduan ini ditulis (18/01/2012), CustomROM yang paling stabil dan popular adalah CHECKROM dan ROCKETROM. Itu pendapat bro Chokey (CG member) setakat ni.



Sekian, semoga newbies boleh faham penjelasan ini.

2 comments:

Unknown said...

Kalau guna ics jgn buat full wipe kemungkinan besar akan harbrick sebab emmc bug

Cikgu K.Z said...

Betul cakap bro, tapi MrHardWatEva ingat aku putar belit dia pasal risiko root ni...