Thursday 26 January 2012

BAB 2: Install ClockWorkMod Recovery (CWM)

CWM merupakan perisian yang boleh membuka kunci potensi peranti android anda. Dengan menggunakan CWM, anda boleh memasang CustomROM, membuat backup ROM, memasang theme, kernel dan applikasi.


Sebelum memasang (install) CWM ni, anda perlu ROOT dulu Galaxy Note (rujuk BAB 1).

Berikut adalah langkah demi langkah memasang (install) CWM.

1) Pastikan USB Debugging (Setting->Applications->Development) bertanda tick di dalam Galaxy Note.

2) Kemudian, sila akses menu Setting->About Phone dan lihat tiga (3) karakter terakhir di bahagian Build Number. Contohnya saya punya adalah “KKA”. Sambungkan Galaxy Note pada PC anda.

3) Lepasi tu muat turun GalaxyNoteRecovery.zip (klik sini) ke dalam PC anda.

4) Unzip GalaxyNoteRecovery.zip ke partition C:\GalaxyNoteRecovery\ di PC anda.

5) Buka Command Prompt di PC anda (Menu All Programs->Accessories->Command Prompt).

6) Sila taip cd \GalaxyNoteRecovery .

7) Kemudian taip:

adb devices

Tekan Enter.

8) Kalau ada keluar penyataan “list of devices attached” dengan nombor siri di bawahnya bermakna sambungan Galaxy Note anda tiada masalah.

9) Kemudian kod seterusnya anda perlu gantikan KKA dengan 3 karakter Build Number anda sendiri. Anda perlu taip:

adb push KKA\zImage /data/local/zImage

dan tekan Enter.

10) Selepas tu taip:

adb shell

Tekan Enter.

11) Kemudian taip:

su

Tekan Enter.

12) Teruskan dengan taip:

dd if=/data/local/zImage of=/dev/block/mmcblk0p5 bs=4096

dan tekan Enter.

13) Seterusnya taip:

rm /data/local/zImage

juga tekan Enter.

14) Dan akhir sekali taip:

reboot

Dan tekan Enter.

15) Galaxy Note anda akan reboot dan kemudian anda dapat perhatikan dalam senarai aplikasi terdapat aplikasi CWM.

16) Untuk menguji CWM ini berfungsi atau tidak, silap tekan butang VolumeUp+Home+Power secara serentak selama beberapa saat, Galaxy Note akan reboot dan anda akan lihat paparan menu bertulisan biru. Pada mode ini touchscreen tidak lagi berfungsi. Sila pilih menu Reboot System dengan menekan butang power.

Seterusnya bab membuat backup original ROM.

No comments: