Showing posts with label android. Show all posts
Showing posts with label android. Show all posts

Tuesday, 31 July 2012

Kaedah ROOT Galaxy Note ICS 4.0.3 & 4.0.4

Cara nak ROOT Galaxy Note untuk versi ICS 4.0.3 dan 4.0.4

Hanya 8 Langkah MUDAH!

1) Muat turun fail [CWM zip] dan letak dalam External SDCARD , kemudian muat turun fail [ SUPERSU-Busybox-Installer.zip ] ke dalam Internal SDCARD (internal memory).

2) Restart masuk dalam mod Recovery (Tekan butang VolUp+Home+Power serentak).

3) Pilih menu "apply update from external storage". (Guna butang Vol Up/Down untuk akses menu, dan tekan butang Power untuk pilih)

4) Pilih fail CWM.zip yang dimuat turun tadi dan tunggu sehingga CWM Recovery dipaparkan.

5) Pilih menu "install zip from sdcard" (sekarang dah boleh pilih guna touchscreen).

6) Cari, pilih dan install SUPERSU-Busybox-Installer.zip.

7) Dah selesai install, pilih menu "Reboot System Now".

8) Bila semua dah habis loading, sila cari dan pilih aplikasi SuperSU (icon bersimbol # warna biru) dan sila buat "update binary" (capaian internet diperlukan).

9) Tahniah, Galaxy Note anda telah di ROOT dengan kaedah terkini.

- Sumber Dr Ketam Ketan XDA

Wednesday, 30 May 2012

Cara – Cara Root Samsung Galaxy Note ICS 4.0.3

Cara – Cara Root Samsung Galaxy Note ICS 4.0 (DXLP9)




Sebelum memulakan proses root Samsung Galaxy Note ICS 4.0 (DXLP9) anda, pastikan smartphone anda sudah pun di upgrade ke ICS 4.0.3 (DXLP9). ( Setting -> About Phone -> Rujuk Firmware, Baseband version dan Kernel ).

Sebelum itu, faham dulu apa maksud ROOT...

Apa Itu Root?


Root merupakan satu proses yang membolehkan pengguna peranti smartphone, tablet dan peranti yang menggunakan sistem operasi Android mendapat akses penuh ke atas fail subsistem Android. Proses root dijalankan untuk melepasi had yang ditetapkan oleh syarikat penyedia servis dan juga pengeluar peranti bagi membolehkan pengguna menukar sistem setting dan aplikasi yang secara default tidak boleh diakses oleh pengguna tanpa root.


Kelebihan Root

Antara kelebihan peranti yang di root ialah; Peningkatan prestasi dan kelajuan, kebebasan untuk mengubah looks and feel peranti Android mengikut citarasa sendiri, kebebasan untuk customize aspek Kernel, ROM, meningkatkan prestasi bateri dan sebagainya.




Langkah seterusnya, sila lawati laman web ini
 
 
Credit to mobilityworlds.com

Sunday, 22 January 2012

10 aplikasi wajib Galaxy Note saya

Salam pembaca blog,

Memandangkan ada beberapa pelawat blog ada bertanya aplikasi yang bagus untuk diinstall, dengan ini saya share lima atau 10 aplikasi wajib (tidak termasuk game) untuk Galaxy Note.




1) Battery Mix - Untuk semak kapasiti bateri, suhu, set alarm kalau bateri penuh, bateri icon dan pelbagai fungsi berkaitan bateri.

2) Snappz Market - Pasar malam sumber aplikasi full version.

3) Whatsapp - instant multimedia messaging.

4) Friendcaster - 3rd party Facebook client.

5) Tweetcaster - 3rd party Twitter client.

6) Antutu -  Untuk benchmark prestasi anddroid anda.

7) SetCPU - Untuk setting kelajuan CPU gajet anda. Siap boleh overclock.

8) MySolat - Aplikasi wajib untuk waktu solat dan arah kiblat. Dibangunkan oleh Syakir.

9) Yahoo Mesengger - YM versi android.

10) Mobo Player - Untuk video playback.