Monday 28 October 2013

Amaran: Pendrive & Kad Memori Palsu di Pasaran Malaysia (16, 32, 64 GB)

Salam sejahtera buat semua pembaca blog.

Entri kali ni tentang pendrive & kad memori yang dijual secara berleluasa sejak akhir-akhir ni dalam harga yang murah yang mana "too good to be true". Ceritanya bermula apabila cikgu mengunjungi pasar malam pada Sabtu lepas (26/10/2013) dan terjumpa gerai "pendrive" dan kad memori yang dilonggok di atas meja. Wah! canggih zaman sekarang, peranti memori pun dah ada kat pasar malam. Antara yang cikgu nampak di situ,

Memori kad (SD)
- Samsung 16GB, 32GB dan 64GB
- Sandisk 16GB, 32GB dan 64GB

Pendrive
- Kingston  16GB, 32GB dan 64GB

.. dan apa yang menarik, semua harga "flat rate" sama iaitu RM25 sahaja setiap satu. Cikgu teruja dan dapatkan 1 unit kad memori SD SAMSUNG 32GB dan seunit Pendrive Kingston 32GB. Jadi, korbanlah RM50 yang mana dah boleh peli dua pek bijirin sihat Chia Seeds...

Masa beli tu cikgu dah tekad nak cuba uji keupayaan memori sebenar kerana masa dulu pernah terkena pendrive palsu dari China.



Pada dua hari berikutnya cikgu pasang kedua-dua (cikgu panggil peranti memori aje lah) tu pada komputer dan saiz yang dipaparkan adalah sama seperti pada label pek iaitu 32GB setiap seunit.

Untuk lebih memuaskan hati, cikgu pun buat dua fasa ujian untuk kedua-dua unit peranti memori tersebut.



Ujian Fasa 1 - "Copy" pecahan fail dan "folder" sebanyak 20GB ke dalam peranti memori tersebut sehingga selesai.

Ujian Fasa 2 - Guna aplikasi h2testw.exe untuk ujilari keupayaan "read & write" memori. (muat turun percuma di http://www.softpedia.com/get/System/System-Miscellaneous/H2testw.shtml)

Dan hasil penemuan, kedua-dua peranti memori tersebut mengalami proses kegagalan kedua-dua fasa ujian tersebut. Kegagalan Ujian Fasa 1 dikesan selepas proses "copy" selesai dimana imej "folder" hilang dan beberapa fail yang disalin "corrupt" sepanjang proses pemindahan. Fail video yang telah dipindahkan, gagal dimainkan.

Begitu juga hasil Ujian Fasa 2, didapati kedua-dua peranti memori tersebut dikesan ada masalah "defective" dimana hanya kurang 200MB data saja yang berjaya ditulis. Sila rujuk gambar di bawah...



Status memori setelah selesai Ujian Fasa 1.


"Folder" dan fail yang hilang selepas Ujian Fasa 1.


Keputusan Ujian Fasa 2: Kad Memori SD Samsung 32GB


Keputusan Ujian Fasa 2: Pendrive Kingston 32GB


Untuk menguji kesahihan aplikasi H2testw ni, cikgu ujilari pendrive 8GB kepunyaan kawan (Terima kasih Puan Alia ICT) berikut.

Pendrive 8GB kepunyaan Pn Alia

Keputusan Ujian Fasa 2: Pendrive 8GB kepunyaan Pn Alia

Jadi, memang betullah aplikasi H2testw tu tiada masalah.

Kesimpulannya,

Jangan beli sebarangan peranti elektronik yang harganya "too good to be true"...

Sila ujilari dengan TELITI dulu peranti elektronik tersebut jika diberi peluang...

Ingatlah, data yang hilang tidak akan dapat diganti walaupun dengan beribu-ribu unit pendrive / kad memori. Beringat sebelum terkena. Biar alah membeli asal menang memakai...


P/S: Tujuan pendedahan ini adalah untuk menyedarkan orang ramai. Tiada niat untuk menutup periuk nasi orang yang menjualnya. Minta maaf jika ada sebarang terkasar bahasa.

- Cikgu K.Z

12 comments:

Anonymous said...

ini china apa apa benda pon nak kasi ciplak tipu,haram jadah

Cikgu K.Z said...

itulah pasal... masalahnya ramai jugak seller Melayu yang terjual menda ni tapi tak tahu...

Anonymous said...

Alamak saya dah pun terbeli..kalu setakat saya simpan gambar, lagu dan movie sajaja takpe cikgu.

Cikgu K.Z said...

Hmmm... tapi kena backup kot2 akan corrupt satu masa nanti...

Anonymous said...

Tima kasih cikgu...
info yg sngat berguna...

Anonymous said...

Salam,sy pun ada terbeli sama mcm ckgu kingston pdrive 32g wana purple n memory crd samsung..sy x reti nak test2 ni semua tp bole detect betapa fake nye pdrive tu bila xboleh read n even detect pun xleh..yg memory crd lg truk..sy ada event penting n mcm2 sy record vid n ambil gmbr guna memori crd tu,last2 nk tgk blk semua corrupted..1 pun x bole buka..what should i do?semua penting dan kenangan berharga tp unfortunately sy x bole tgk ape pun..ckgu ada ape2 solution utk bukak corrupted file?mintk tlg sgt..

Unknown said...

Saya pon sama bila tak guna seminggu semua file corrupt huhu sedih...

Anonymous said...

penggunaan TF flash tiruan boleh menyebabkan sistem pembaca data dlm peranti( chipset)menerima aliran arus berlebihan dari sistem kuasa TF tersebut. contohnya handphone akan akang HANG dan akhirnya chipset gagal mengesan TF memory.

Anonymous said...

mmg skg tiap mgu ade org jual kat pasa mlm.. dorang kata confirm bole guna, bole balik test la.. tp saya ni mmg tahap ketakpercayaan tu sgt tinggin.. so balik dlu n check website kingston pasal pendrive ni.. apa yg saya dapati same colour pendrive , dia nye memory adalah sama.. means kalu color merah = 8gb, hitam = 16gb, purple = 32gb, green = 64gb, white = 128gb.. sebaik tak beli! siap yg jual tu, brother pakai songkok nampak alim.. huhuhu.. cam org kata, eh, takkan brother ni nk tipu kot..
http://www.kingston.com/en/usb/personal_business#dt101g2

Amirul said...

Memory dalam pen drive dikenali sebagai nandflash. Ada beberapa gred nandflash di pasaran, sila rujuk artikel ini untul permahaman (http://usbpremiumgift.com/the-truth-about-pen-drive-supplier-in-malaysia/)

Saya bersetuju dengan awak, jangan cuba membeli pen drive yang terlalu murah daripada harga pasaran.

Anonymous said...

assalamualaikum...ya ALLAH..saya dah terbeli pendrive ni dgn sangat banyak..daLAM 12 keping macam tu dalam rm 330..saya tak pernah tahu pun ada pendrive palsu..sbb pendrive yang saya beli di jual di student bazar tempat saya belajar....ingatkan harga student ke apa..sbb before ni kat pC fair di kampus saya mmg harga murah dan barang berkualiti... saya ada buka satu pendrive sandisk yang baru saya beli, 64 gb, pertama kali masuk laptop, boleh detect, then tiba2 hilang and tak boleh detect..sampai sekarang bila try cucuk kat laptop mmg tak da apa2...serius saya sgt terkejut and sedih..lagi2 terbaca entry yang di post di blog ni...kawan saya yang beli dgn saya pun cakap pendrive dia tak boleh guna..so, apa yang saya boleh buat?? serius sedih, rugi rm 330

Unknown said...

TERIMA KASIH ATAS INFO TERSEBUT, YANG PALING TERKILAN DI HATI BILA SEMUA VIDEO ARWAH AYAH X DAPAT DI MAINKAN LAGI. RM 30.00 UNTUK 32 GB@35 GB. SKRG SYE LEBIH SUKA BELI DKAT ALAM CTREL SHAH ALAM..SIAP ADA WARRANTY 1 TAHUN LAGI..PUAS HATI