Thursday, 7 June 2007

Tahniah buat teman-teman perjuangan KDC TMA

Tahniah buat semua kawan-kawan kerana berjaya menamatkan kursus KDC TM dengan jayanya... Hanya kita sahaja generasi terakhir KDC.. lepas ni dah takder KDC untuk bakal2 guru lain.

Keamanan Yang Datang Percuma

keselamatan untuk komputer biasanya memerlukan kita membelanjakan sejumlah wang untuk membeli perisian tertentu. walaubagaimanapun, kadangkala hasilnya tidak memuaskan dan seringkali kita terpedaya untuk terus membelanjakan sejumlah lagi wang hanya untuk menambahbaik perisian yang kita beli.

sebagai alternatif, terdapat beberapa perisian yang boleh kita perolehi secara percuma untuk tujuan keselamatan komputer kita. perlu diingatkan, perisian yang dinyatakan di bawah mungkin atau mungkin tidak setanding dengan perisian komersil tetapi jika ia percuma, mengapa tidak mencubanya dahulu.


perisian ini boleh digunakan untuk menyelamatkan komputer kita dari serangan virus. ianya sangat ringan (saiz fail sekitar 30 MB) dan tidak menggunakan memory yang banyak (minimum 20 MB RAM). pastikan perisian ini sentiasa dikemaskini untuk memastikan ia dapat menangkap virus-virus yang baru.

perisian ini sesuai digunakan untuk mengelakkan komputer kita dari diserang penceroboh, baik daripada luar rangkaian mahupun dalam komputer sendiri. perisian ini akan menapis setiap komunikasi keluar masuk data dari dan ke komputer kita.

kedua-dua perisian ini telah diuji di dalam windows xp dan didapati selamat untuk digunakan. sejauh manakah ia berkesan? andalah yang menjadi hakim.

selamat mencuba.

Pelancaran Vista di Malaysia

Tahukah anda pelancaran Sistem Operasi terkini dari Microsoft iaitu Windows Vista. Microsoft telah melancarkan 2 produknya yang terkini iaitu Windows Vista dan Office 2007 di Malaysia. Bagi pengguna awam seperti saya & anda, mungkin sudah lihat pelancarannya pada 3 & 4 Febuari yang telah pun diadakan di Low Yatt Plaza , Kuala Lumpur. Sudahkah anda bersedia menukar kepada sistem operasi Vista ini?

Sebenarnya banyak dah jual kat kedai Windows Vista ni, tapi paham2 lah yer… ..Sebelum anda hendak bertukar kepada sistem operasi Windows Vista ini, anda kena uji speksifikasi perkakasan atau perisian komputer anda kerana Windows Vista ini hanya menyokong perkakasan & perisian terkini.. Anda boleh cuba samada komputer anda mampu untuk sokong Windows Vista ini guna Windows Vista Upgrade Advisor !


- petikan dari Azumass.com

Tuesday, 5 June 2007

Windows Vista Tips and Tricks

Sila tengok video ini untuk dapatkan tips dan tricks. Video ini juga merupakan preview untuk produk terbaru Microsoft, iaitu Windows Vista. Terima kasih! :-)

Windows Tips - Tukar Paparan Desktop Kepada Laman Web

Video tutorial ini akan mangajar anda bagaimana untuk menukar paparan Dekstop Windows XP anda kepada laman web. Kredit kepada DragonChamber (dari youtube)

Friday, 1 June 2007

Tips Nak Sembunyikan menu "Folder Options" untuk "Hidden Files"

Saya assume korang sumer dah pandai nak sorok atau "hidden"kan files korang kan? Tapi lambat laun, dah ramai discover camner nak view hidden files ni... saya ada tips yang saya guna sejak 5 tahun lepas untuk sembunyikan files ni terus dari kekawan yang gatal tangan tu.. spt yang korang dah tau, kalu nak view hidden files, kita kena pilih menu Tools -> Folder Options -> View -> Show Hidden Files and Folders... tapi kali ni saya nak ajar camner nak buat agar menu Folder Options ni takde kat setiap tetingkap folder atau hardisk korang....




Mula2, klik Start, pilih Run dan taipkan perkataan ajaib ini "gpedit.msc" dan tekan OK... pastu bila tetingkap Group Policy tu kuar, klik pada tanda "+" disebelah User Configuration dan pilih Administrative Templates, pastu klik pada Windows Components dan pilih Windows Explorer... lepas tu, perhatikan di bahagian frame kanan tu, ada beberapa setting... klik 2 kali pada Removes the Folder Options menu item from the Tools Menu, dan tetingkap baru akan kuar.. kat situ pastikan korang pilih "Enabled" dan klik OK dan Exit dari tetingkap Group Policy .... dan last sekali, korang cuba check, bila korang klik kat Tools, dah takder dah menu Folder Options.. Heheheheh, so takder lah org leh view hidden file korang lagi...


Ada masalah? tanya lah....
Kalu ada tips lain2 nak share, hantar la comment kat sini.. pastikan berkaitan dengan Windows XP la...


Selamat mencuba...

-Cikgu Kamarul PSP

Tips Nak Bagi Tulisan Web Browser (IE or Firefox) Jadi Cantik!


Kalu korang nak tulisan jadi cantik kat web browser (Internet Explorer, Mozilla Firefox) .. sila "right click" pada desktop, pilih "properties", pastu pilih "appearance", kemudian pilih "effects", pastu pastikan "use the following method to smooth edges of screen fonts" tu bertanda "right" dan pilih "ClearType".. dan bila korang tgk kat web browser dan windows korang, tulisan dah jadi cantik, cuba lah...
-Cikgu Kamarul PSP

Selamat Datang ke Blog Cikgu VistaXP...


Dari kiri: Cikgu Khairul, Cikgu Khalid, Cikgu Budin dan Cikgu Kamarul


Salam buat semua pengunjung Blog Cikgu VistaXP. Laman ini menyediakan info terkini mengenai IT dan pelbagai tips dan tricks untuk Microsoft Windows serta telefon pintar.