Monday 28 October 2013

Amaran: Pendrive & Kad Memori Palsu di Pasaran Malaysia (16, 32, 64 GB)

Salam sejahtera buat semua pembaca blog.

Entri kali ni tentang pendrive & kad memori yang dijual secara berleluasa sejak akhir-akhir ni dalam harga yang murah yang mana "too good to be true". Ceritanya bermula apabila cikgu mengunjungi pasar malam pada Sabtu lepas (26/10/2013) dan terjumpa gerai "pendrive" dan kad memori yang dilonggok di atas meja. Wah! canggih zaman sekarang, peranti memori pun dah ada kat pasar malam. Antara yang cikgu nampak di situ,

Memori kad (SD)
- Samsung 16GB, 32GB dan 64GB
- Sandisk 16GB, 32GB dan 64GB

Pendrive
- Kingston  16GB, 32GB dan 64GB

.. dan apa yang menarik, semua harga "flat rate" sama iaitu RM25 sahaja setiap satu. Cikgu teruja dan dapatkan 1 unit kad memori SD SAMSUNG 32GB dan seunit Pendrive Kingston 32GB. Jadi, korbanlah RM50 yang mana dah boleh peli dua pek bijirin sihat Chia Seeds...

Masa beli tu cikgu dah tekad nak cuba uji keupayaan memori sebenar kerana masa dulu pernah terkena pendrive palsu dari China.



Pada dua hari berikutnya cikgu pasang kedua-dua (cikgu panggil peranti memori aje lah) tu pada komputer dan saiz yang dipaparkan adalah sama seperti pada label pek iaitu 32GB setiap seunit.

Untuk lebih memuaskan hati, cikgu pun buat dua fasa ujian untuk kedua-dua unit peranti memori tersebut.



Ujian Fasa 1 - "Copy" pecahan fail dan "folder" sebanyak 20GB ke dalam peranti memori tersebut sehingga selesai.

Ujian Fasa 2 - Guna aplikasi h2testw.exe untuk ujilari keupayaan "read & write" memori. (muat turun percuma di http://www.softpedia.com/get/System/System-Miscellaneous/H2testw.shtml)

Dan hasil penemuan, kedua-dua peranti memori tersebut mengalami proses kegagalan kedua-dua fasa ujian tersebut. Kegagalan Ujian Fasa 1 dikesan selepas proses "copy" selesai dimana imej "folder" hilang dan beberapa fail yang disalin "corrupt" sepanjang proses pemindahan. Fail video yang telah dipindahkan, gagal dimainkan.

Begitu juga hasil Ujian Fasa 2, didapati kedua-dua peranti memori tersebut dikesan ada masalah "defective" dimana hanya kurang 200MB data saja yang berjaya ditulis. Sila rujuk gambar di bawah...



Status memori setelah selesai Ujian Fasa 1.


"Folder" dan fail yang hilang selepas Ujian Fasa 1.


Keputusan Ujian Fasa 2: Kad Memori SD Samsung 32GB


Keputusan Ujian Fasa 2: Pendrive Kingston 32GB


Untuk menguji kesahihan aplikasi H2testw ni, cikgu ujilari pendrive 8GB kepunyaan kawan (Terima kasih Puan Alia ICT) berikut.

Pendrive 8GB kepunyaan Pn Alia

Keputusan Ujian Fasa 2: Pendrive 8GB kepunyaan Pn Alia

Jadi, memang betullah aplikasi H2testw tu tiada masalah.

Kesimpulannya,

Jangan beli sebarangan peranti elektronik yang harganya "too good to be true"...

Sila ujilari dengan TELITI dulu peranti elektronik tersebut jika diberi peluang...

Ingatlah, data yang hilang tidak akan dapat diganti walaupun dengan beribu-ribu unit pendrive / kad memori. Beringat sebelum terkena. Biar alah membeli asal menang memakai...


P/S: Tujuan pendedahan ini adalah untuk menyedarkan orang ramai. Tiada niat untuk menutup periuk nasi orang yang menjualnya. Minta maaf jika ada sebarang terkasar bahasa.

- Cikgu K.Z