Wednesday 2 January 2013

10 Kelemahan Ipad Mini

Review pengalaman guna Ipad Mini berbanding Android.




10 Kelemahan Ipad Mini Out-of-Box (non jailbreak), original by Maruz.





1. Tiada built-in file manager/explorer yang centralized untuk akses segala fail/dokumen dalam memori.

2. Tiada setting untuk set network data mode kepada 3G only.

3. Tak boleh transfer gambar atau fail lain melalui bluetooth walaupun sesama gajet Apple (tanpa 3rd party apps).

4. Tak boleh attach lebih dari satu dokumen sebagai attachment dalam satu emel pada app Mail sedia ada.

5. Masalah statistik bateri jika cas bawah 5%. (IOS 6 je kot?)

6. Tak boleh copy file movie, gambar atau semua jenis fail kalau tak convert/transfer melalui iTunes terlebih dahulu.

7. Homescreen tak support widget. (contohnya jam besar dan lain-lain).

8. Setting fungsi kamera/video yang terhad (tak boleh set timer, tukar resolution dan sebagainya).

9. Tiada fungsi untuk clear all running apps sekaligus, sebaliknya kena padam satu persatu.

10. Tiada sokongan pada aplikasi Adobe (flash dan sebagainya)



Sekali lagi diingatkan, ini adalah kelemahan Ipad Mini out-of-box (non jailbreak). Harap dapat bagi cadangan penyelesaian tanpa perlu "jailbreak".



Terima kasih.



P/S: Bagi pengguna Android tegar di luar sana, lupakan untuk mencuba IOS Apple ini jika tidak bersedia dengan kelemahan ini.