Thursday 26 January 2012

BAB 2: Install ClockWorkMod Recovery (CWM)

CWM merupakan perisian yang boleh membuka kunci potensi peranti android anda. Dengan menggunakan CWM, anda boleh memasang CustomROM, membuat backup ROM, memasang theme, kernel dan applikasi.


Sebelum memasang (install) CWM ni, anda perlu ROOT dulu Galaxy Note (rujuk BAB 1).

Berikut adalah langkah demi langkah memasang (install) CWM.

1) Pastikan USB Debugging (Setting->Applications->Development) bertanda tick di dalam Galaxy Note.

2) Kemudian, sila akses menu Setting->About Phone dan lihat tiga (3) karakter terakhir di bahagian Build Number. Contohnya saya punya adalah “KKA”. Sambungkan Galaxy Note pada PC anda.

3) Lepasi tu muat turun GalaxyNoteRecovery.zip (klik sini) ke dalam PC anda.

4) Unzip GalaxyNoteRecovery.zip ke partition C:\GalaxyNoteRecovery\ di PC anda.

5) Buka Command Prompt di PC anda (Menu All Programs->Accessories->Command Prompt).

6) Sila taip cd \GalaxyNoteRecovery .

7) Kemudian taip:

adb devices

Tekan Enter.

8) Kalau ada keluar penyataan “list of devices attached” dengan nombor siri di bawahnya bermakna sambungan Galaxy Note anda tiada masalah.

9) Kemudian kod seterusnya anda perlu gantikan KKA dengan 3 karakter Build Number anda sendiri. Anda perlu taip:

adb push KKA\zImage /data/local/zImage

dan tekan Enter.

10) Selepas tu taip:

adb shell

Tekan Enter.

11) Kemudian taip:

su

Tekan Enter.

12) Teruskan dengan taip:

dd if=/data/local/zImage of=/dev/block/mmcblk0p5 bs=4096

dan tekan Enter.

13) Seterusnya taip:

rm /data/local/zImage

juga tekan Enter.

14) Dan akhir sekali taip:

reboot

Dan tekan Enter.

15) Galaxy Note anda akan reboot dan kemudian anda dapat perhatikan dalam senarai aplikasi terdapat aplikasi CWM.

16) Untuk menguji CWM ini berfungsi atau tidak, silap tekan butang VolumeUp+Home+Power secara serentak selama beberapa saat, Galaxy Note akan reboot dan anda akan lihat paparan menu bertulisan biru. Pada mode ini touchscreen tidak lagi berfungsi. Sila pilih menu Reboot System dengan menekan butang power.

Seterusnya bab membuat backup original ROM.

Wednesday 25 January 2012

BAB 1: Cara Root Galaxy Note

Sebelum anda mulakan, saya ingin menjelaskan yang saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya langkah-langkah ini boleh merosakkan serta mengagalkan fungsi peranti yang anda gunakan. Segalanya di bawah risiko anda sendiri. Berani buat, beranilah tanggung.



1) Mula-mula pastikan anda install perisian Samsung KIES pada PC anda.

2) Kemudian Set Galaxay Note anda kepada USB Debugging mode dengan menandakan tick pada menu USB Debugging ON (Settings->Application->Development).

3) Sambung Galaxy Note anda pada PC.

4) Muat turun fail GalaxyNoteRoot.zip (klik sini) . Unzipkan fail tersebut terus ke partition C:\GalaxyNoteRoot\ di dalam hardisk anda.

5) Kemudian double click fail runme.bat.

6) Dalam masa sekitar 5 minit (atau kurang) proses rooting akan berlaku. Selepas itu, Galaxy Note anda akan reboot.

7) Selesai.

8) Untuk menguji, cuba install aplikasi SetCPU(sebagai contoh) dan anda akan lihat popup “Super User Request”.

Ini tutorial untuk root sahaja.

Tutorial seterusnya bagaimana untuk install ClockWorkMod Recovery (yang membolehkan anda masukkan customROM ke dalam GalaxyNote anda).

Bersambung...

Sunday 22 January 2012

10 aplikasi wajib Galaxy Note saya

Salam pembaca blog,

Memandangkan ada beberapa pelawat blog ada bertanya aplikasi yang bagus untuk diinstall, dengan ini saya share lima atau 10 aplikasi wajib (tidak termasuk game) untuk Galaxy Note.




1) Battery Mix - Untuk semak kapasiti bateri, suhu, set alarm kalau bateri penuh, bateri icon dan pelbagai fungsi berkaitan bateri.

2) Snappz Market - Pasar malam sumber aplikasi full version.

3) Whatsapp - instant multimedia messaging.

4) Friendcaster - 3rd party Facebook client.

5) Tweetcaster - 3rd party Twitter client.

6) Antutu -  Untuk benchmark prestasi anddroid anda.

7) SetCPU - Untuk setting kelajuan CPU gajet anda. Siap boleh overclock.

8) MySolat - Aplikasi wajib untuk waktu solat dan arah kiblat. Dibangunkan oleh Syakir.

9) Yahoo Mesengger - YM versi android.

10) Mobo Player - Untuk video playback.

Wednesday 18 January 2012

Ringkasan Root Galaxy Note


 
Hasil ulangkaji selama seminggu tentang ROOT dan CustomROM ni, saya dapat buat kesimpulan langkah-langkah tersebut iaitu;


1) Mula-mula kita ROOT dulu Galaxy Note (ada pelbagai kaedah tetapi antara yang mudah dan selamat ialah guna zergrush batch file). Untuk step ni kita perlu connect Note pada PC/Laptop guna kabel USB.

2) Lepas tu kita perlu install ClockworkMod (CWM) Recovery.

3) Kemudian (kalau perlu) kita backup StockROM (yang original) guna ClockworkMod (CWM) Recovery.

4) Sebelum nak install CustomROM baru, kena ingat bahawa semua app yang kita pernah install termasuk game akan hilang. Jadi untuk backup semua app atau game ni kita boleh gunakan applikasi Titanium Backup. Tetapi jalan terbaik untuk kestabilan app atau game sebaiknya kita reinstall semua app atau game tu semula selepas install CUSTOMROM.

5) Kalau nak proceed install CustomROM yang baru, sebaik-baiknya FullWipe dulu guna CWM.

6) Bila dah FullWipe, boleh mula install CustomROM yang kita mahu melalui CWM tu jugak. (biasanya fail dalam format zip yang dipindah ke dalam SD Card)

7) Bila kita dah menguasai kesemua kaedah di atas, dengan mudahnya kita siap boleh pilih-pilih nak tukar CustomROM mana yang kita suka. Perlu diingat setiap kali proses tukar CUSTOMROM ni, semua app dan game kena install semula.

8) SIAP dan Layan...

Sehingga panduan ini ditulis (18/01/2012), CustomROM yang paling stabil dan popular adalah CHECKROM dan ROCKETROM. Itu pendapat bro Chokey (CG member) setakat ni.



Sekian, semoga newbies boleh faham penjelasan ini.