Monday, 12 December 2011

Tips Memanjangkan jangka hayat bateri

Teknik memanjangkan jangka hayat bateri telefon pintar (android, blackberry, symbian dll) adalah dengan cara "calibrate". Caranya cukup mudah dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Cara ini mungkin kurang berkesan pada bateri baru. Tapi apa salahnya mencuba. 

1. Mula-mula hidupkan telefon dan cas selama 8 jam atau lebih.   
2. Kemudian cabut "plug charger".   
3. Padamkan telefon dan cas selama 1 jam.  
4. Cabut sekali lagi "plug charger".   
5. Hidupkan telefon dan biarkan selama 2 minit.  
6. Padamkan telefon sekali lagi dan cas selama 1 jam pula. 
7. Cabut "plug charger" dan telefon anda sedia untuk digunakan.

Cubalah dan anda pasti merasai perbezaannya. Sebaiknya cas telefon anda dengan adapter yang dibekalkan. Kurangkan penggunaan charger dalam kereta atau bank bateri.